Apa yang perlu anda ketahui tentang sistem suria kita.
Lihat video yang dipaparkan
2. Analisa Jadual / Gambarajah / Graf 2.1 Kaji fakta di dalam jadual 2.2 Rangsangan pada gambarajah 2.3 Tafsir graf (banding beza) 3. Elakkan jawapan dengan ayat yang panjang atau kenyataan umum. 4. Gunakan maklumat / rangsangan yang diberikan dalam soalan. 5. Gunakan laras bahasa yang sesuai, tepat, dan ringkas. 6. Gunakan bahasa / istilah saintifik. 7. Jawapan mesti menepati konsep sains. 8. Anggaplah pemeriksa tidak tahu tentang sains. 9. Ingat, terdapat jawapan di dalam soalan. 10. Jangan banyak membuang masa pada soalan yang susah. 11. Sikap mesti positif, sentiasa semak soalan / jawapan. 12. Agihan masa Bahagian A (45 minit) dan Bahagian B (30 minit) 13. Banyakkan latihan menjawab soalan mengikut masa sebenar. |
|
Fasa (Masa) | Isi kandungan | Aktiviti pengajaran & pembelajaran | Catatan |
Set Induksi (5 minit) | Mengapa terdapat jenis bahan dalam satu alat elektrik | Jenis aktiviti : Bercerita - Guru menceritakan tentang pengalaman terkena kejutan elektrik yang kecil. - Bersoal jawab tentang pengalaman sedia ada murid. | Kemahiran saintifik: Komunikasi Nilai murni : Berhati-hati |
Meramal Idea (10 minit) | Mengenalpasti objek konduktor dan penebat elektrik. | 1. Mengedarkan pelbagai jenis objek kepada murid, Seperti paku, kertas buku, pensil kayu, pembaris plastik, karbon pensil, duit syiling 10 sen, sudu plastik, getah pemadam dan rod kaca. 2. Murid mengelaskan bahan kepada 2 kumpulan konduktor dan penebat elektrik. | Kemahiran saintifik: Meramal, Mengelas Nilai murni : Kerjasama, berani |
Pemerhatian (25 minit) | Mengeksperimen bahan yang diberi dalam litar elektrik. | 1. Murid membina litar lengkap. 2. Murid menyambungkan objek yang diberi dalam satu litar yang lengkap. 3. Murid membuat pemerhatian tentang nyalaan mentol bagi setiap objek yang disambung dalam litar lengkap. 4. Murid merekodkan hasil pemerhatian dalam borang yang diberi. | Kemahiran saintifik: Mengeksperimen, Pemerhatian Nilai Murni : Berkerjasama Jujur |
Penjelasan (15 minit) | - Bahan konduktor (pengalir elektrik) - Bahan penebat (bukan pengalir elektrik) | 1. Guru meminta setiap kumpulan murid membentangkan hasil keputusan eksperimen. 2. Setiap kumpulan murid memberikan kesimpulan berdasarkan hasil eksperimen masing-masing. ( Aras tinggi) 3. Guru mengukuhkan hasil dan memberi takrifan konduktor elektrik dan penebat elektrik. | |
Refleksi (5 minit) | Senarai bahan konduktor dan penebat elektrik | 1.Murid membuat peta minda. i)Bahan konduktor ii)Bahan penebat 2.(Lampiran kerja disediakan) |