CONTOH RANCANGAN MENGAJAR :
Tema : Menyiasat Alam Bahan
Tajuk : Sifat-sifat Bahan
Sub Topik : Sifat Bahan
Tempoh : 60 minit
Tahun : 4
Objektif Pembelajaran : Memahami sifat-sifat bahan
Hasil Pembelajaran : Pada akhir P&P, para pelajar akan dapat;
· Mengenalpasti bahan konduktor/penebat elektrik
Pendekatan/ Kaedah/ Strategi : - Pendekatan Inkuri penemuan
- Strategi – Mengeksperimen dan Perbincangan
Fasa (Masa) | Isi kandungan | Aktiviti pengajaran & pembelajaran | Catatan |
Set Induksi (5 minit) | Mengapa terdapat jenis bahan dalam satu alat elektrik | Jenis aktiviti : Bercerita - Guru menceritakan tentang pengalaman terkena kejutan elektrik yang kecil. - Bersoal jawab tentang pengalaman sedia ada murid. | Kemahiran saintifik: Komunikasi Nilai murni : Berhati-hati |
Meramal Idea (10 minit) | Mengenalpasti objek konduktor dan penebat elektrik. | 1. Mengedarkan pelbagai jenis objek kepada murid, Seperti paku, kertas buku, pensil kayu, pembaris plastik, karbon pensil, duit syiling 10 sen, sudu plastik, getah pemadam dan rod kaca. 2. Murid mengelaskan bahan kepada 2 kumpulan konduktor dan penebat elektrik. | Kemahiran saintifik: Meramal, Mengelas Nilai murni : Kerjasama, berani |
Pemerhatian (25 minit) | Mengeksperimen bahan yang diberi dalam litar elektrik. | 1. Murid membina litar lengkap. 2. Murid menyambungkan objek yang diberi dalam satu litar yang lengkap. 3. Murid membuat pemerhatian tentang nyalaan mentol bagi setiap objek yang disambung dalam litar lengkap. 4. Murid merekodkan hasil pemerhatian dalam borang yang diberi. | Kemahiran saintifik: Mengeksperimen, Pemerhatian Nilai Murni : Berkerjasama Jujur |
Penjelasan (15 minit) | - Bahan konduktor (pengalir elektrik) - Bahan penebat (bukan pengalir elektrik) | 1. Guru meminta setiap kumpulan murid membentangkan hasil keputusan eksperimen. 2. Setiap kumpulan murid memberikan kesimpulan berdasarkan hasil eksperimen masing-masing. ( Aras tinggi) 3. Guru mengukuhkan hasil dan memberi takrifan konduktor elektrik dan penebat elektrik. | |
Refleksi (5 minit) | Senarai bahan konduktor dan penebat elektrik | 1.Murid membuat peta minda. i)Bahan konduktor ii)Bahan penebat 2.(Lampiran kerja disediakan) |